Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan pastikan adanya Presiden S'pura dari kaum minoriti

Aug 21, 2016 | 07:17 PM



PEMERINTAH akan memastikan "dari masa ke masa, Singapura mempunyai seorang Presiden Melayu, seorang Presiden India ataupun dari kaum minoriti lain", kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, tadi.



Encik Lee menekankan bahawa ini dilakukan untuk memastikan golongan minoriti merasakan bahawa mereka diwakili secukupnya dalam sistem politik dan kepentingan mereka dijaga dengan baik.



Pendekatan serupa katanya dilakukan menerusi pembentukan Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) untuk memastikan bahawa sentiasa ada Anggota Parlimen daripada kaum minoriti yang terpilih ke parlimen.



"Kita kini sedang memberi perhatian kepada isu yang sama untuk Presiden Dipilih," ujarnya.



Namun, dalam memberi perhatian kepada usaha memberi peluang kepada kaum minoriti menjawat kedudukan tertinggi negara, syarat kelayakan yang ketat akan terus dikekalkan.



Ini kata Encik Lee akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa sesiapa sahaja yang dipilih sebagai Presiden layak dan memenuhi piawaian tinggi yang sama.



Memberikan jaminan itu semasa berucap di Rapat Hari Kebangsaan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, Encik Lee dalam ucapannya yang menyentuh soal 'Presiden Dipilih' berkata, isu ini penting bukan sahaja kepada masyarakat minoriti tetapi juga Singapura.



"Jawatan Presiden merupakan simbol negara kita. Setiap rakyat Singapura mesti berasa bahawa seseorang dari kaumnya boleh menjadi Presiden malah terpilih menjadi Presiden dari masa ke masa. Dengan keyakinan dan sokongan itu, Presiden boleh memainkan peranannya menyatu padukan rakyat Singapura," jelas beliau



Sebelum kaedah 'Presiden Dipilih' diperkenalkan pada 1993, seseorang presiden dilantik pemerintah.



Pada 17 Ogos lalu, Suruhanjaya Perlembagaan yang dibentuk bagi menyemak jawatan Presiden Dipilih (EP) Singapura telah selesai menjalankan semakan itu dan telah menyampaikan laporannya kepada Perdana Menteri.



Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), segala saranan yang dikemukakan kini sedang dikaji.



Encik Ong Teng Cheong merupakan Presiden Dipilih pertama negara ini, dari 1 September 1993 hingga 31 Ogos 1999, diikuti oleh Encik S R Nathan (1999-2011) dan kini disandang oleh Dr Tony Tan Keng Yam.



Encik Lee dalam ucapannya tadi turut mengakui adalah lebih sukar untuk calon bukan Cina dipilih sebagai Presiden menerusi pilihan raya.



Oleh itu, pemerintah berusaha memastikan calon minoriti dapat ditampilkan.



"Jika calon bukan Cina boleh dipilih dengan sendirinya, seperti Presiden S R Nathan, ia memang baik sekali. Tetapi jika proses ini tidak menghasilkan Presiden dari kaum minoriti dalam jangka masa panjang - ia akan menimbulkan perasaan kecewa dan resah di kalangan masyarakat minoriti dan sewajarnya mereka berasa begitu.



"Ia boleh dipolitik dan diperalatkan untuk mengapi-apikan masyarakat minoriti dan memecah-belahkan perpaduan kita pada masa depan.



"Kita harus membuat perubahan sekarang dan mengambil tindakan ketika suasana aman dan rakyat bersatu," katanya.



Pilihan Raya Presiden harus diadakan pada atau sebelum 26 Ogos 2017.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >