ISU kos niaga tidak harus diambil ringan dan pemerintah perlu mencari huraian tetap bagi mengurangkannya, daripada "hanya membekalkan jumlah dana yang besar daripada setiap Belanjawan".
Semasa menyatakan demikian di Parlimen semalam, Encik Inderjit Singh (GRC Ang Mo Kio) juga menyarankan agar pemerintah membentuk sebuah jawatankuasa daya saing kos bagi mencari huraian tetap untuk mengurangkan kos niaga.