PEMERINTAH komited akan membantu warga Singapura meraih manfaat penuh daripada peluang yang terbuka dalam sektor maritim setempat, kata Setiausaha Parlimen Kesihatan merangkap Pengangkutan, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Untuk mencapai maltamat tersebut, Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) akan terus bekerjasama dengan rakan industri dan pihak kesatuan menerusi Pasukan Bertindak Tenaga Kerja Maritim Tiga Pihak bagi Pelaut yang dibentuk baru-baru ini.