Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah mahu pastikan setiap isi rumah punyai kemahiran digital

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA berhasrat menjadi negara digital untuk setiap lapisan masyarakat, dan sedang berusaha melengkapi orang ramai dengan kemahiran menggunakan teknologi.



Golongan isi rumah berpendapatan rendah dan warga emas merupakan antara kumpulan yang memerlukan bantuan seperti akses kepada peranti dan internet serta kemampuan teknologi mampu milik.



Isu itu dibincangkan sekitar 49 individu yang terdiri daripada sektor perkhidmatan sosial, kumpulan bantu diri dan pertubuhan bukan meraih keuntungan bersama Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat, semalam.



Sesi perbincangan ini adalah sebahagian daripada Melakar Hala Tuju Singapura untuk memahami cara pemerintah dapat membantu menyokong mereka dengan lebih baik dan membina masyarakat digital yang lebih inklusif.



Memperkukuh rangkuman digital adalah salah satu keutamaan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) tahun ini.



Menurut Cik Teo, walaupun Singapura sangat berhubung secara digital, masih terdapat keperluan untuk memastikan golongan yang memerlukan tidak ketinggalan dalam usaha kemasukan digital ini.



"Matlamatnya adalah untuk melibatkan golongan ini, bersedia secara digital dan memperkukuh kompak sosial digital kami.



"Ini supaya semua orang dapat merasakan bahawa masa depan digital ialah selamat, inklusif dan prihatin," tambah Cik Teo lagi.



Dalam tinjauan oleh IMDA pada 2021, mengenai Penggunaan Infokom dan Isi Rumah oleh Individu, 99 peratus isi rumah mempunyai akses kepada internet manakala 92 peratus isi rumah mempunyai akses kepada komputer.



Beberapa pertubuhan bukan meraih keuntungan berkongsi bahawa mereka telah mengadakan bengkel untuk keluarga yang bersedia secara digital dengan menyampaikan kemahiran digital dan kesejahteraan siber kepada ibu bapa dan kanak-kanak.



"Keluarga yang mempunyai ramai kanak-kanak menghadapi batasan seperti kekurangan peranti. Walaupun ada yang mendapat peranti baru, ada yang menerima komputer yang diperbaharui yang mungkin tidak berfungsi dengan baik," tambahnya lagi.



Pemerintah berusaha memastikan akses digital mampu milik untuk semua rakyat Singapura, sambil memastikan tiada orang dikecualikan daripada penyertaan digital kerana sekatan kewangan.



Ini adalah sesi pertama daripada tiga sesi perbincangan, dengan dua lagi dijadualkan berlangsung pada 17 dan 19 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >