Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pemerintah punyai pelbagai kaedah tangani ancaman radikalisasi

Feb 15, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH mempunyai pelbagai kaedah yang kukuh untuk terlebih dahulu menangkis ancaman radikalisasi dan sebarang bentuk fahaman pelampau dan ini dapat dilihat antara lain daripada penangkapan tiga belia warga Singapura yang menjadi radikal, sekali gus merosakkan pelan serangan mereka sepanjang dua tahun lalu.



Ini termasuk dengan adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta kaedah di bawah Akta Penyiaran bagi mengawal ruang di dalam talian.



Demikian menurut Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, sebagai menjawab soalan Encik Murali Pillai (Bukit Batok) di Parlimen, pada Selasa.



"Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap radikalisasi dan sebarang bentuk fahaman pelampau," tegasnya.



Beliau menambah terdapat kaedah di bawah Akta Penyiaran untuk melumpuhkan akses pengguna Singapura kepada laman web yang mengandungi bahan yang tidak menyenangkan atas sebab-sebab keselamatan awam.



Akta Keselamatan Dalam Talian (Pelbagai Pindaan) (OSMAA) yang telah berkuatkuasa pada 1 Februari 2023 juga, katanya, turut memperkukuh peraturan di bawah Akta Penyiaran yang melumpuhkan akses kepada kandungan bahaya di media sosial termasuk kandungan yang mengarahkan atau memperjuangkan pengganasan dan keganasan.



Cik Sun turut mengongsi bahawa MHA sedang bekerjasama dengan agensi untuk membangunkan rangka kerja yang akan menangani aktiviti jenayah dalam talian termasuk pengganasan dan kandungan yang menggalak keganasan dalam masyarakat.



"Rangka kerja ini akan melengkapi peruntukan di bawah OSMAA dan akan menawarkan lebih banyak maklumat pada masa yang sesuai," katanya lagi.



Encik Murali mahu mengetahui sekiranya terdapat sebarang langkah perundangan tambahan yang membenarkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) untuk terus memainkan peranan berkesan dalam memastikan Singapura selamat daripada pengganasan.



Soalan beliau diajukan menyusuli kes terkini di mana individu termasuk belia menjadi radikal sendiri melalui Internet.



Baru-baru ini, Muhammad Irfan Danyal Mohamad Nor, seorang pelajar posmenengah berusia 18 tahun, telah menjadi radikal sendiri dan merancang mengebom Keramat Habib Noh dan kem tentera Amoy Quee.



Dia telah diberkas Disember lalu di bawah ISA.



Dia merancang menikam dan membunuh orang awam, termasuk orang yang beragama Islam di lorong-lorong gelap selain ingin memulakan pemerintahan khalifah di Pulau Coney bernama Negara Islam Singahafura, juga berhasrat merekrut 100-500 pejuang setempat untuk melaksanakan serangan-serangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >