PEMERINTAH akan membuat sumbangan $100,000 untuk menyokong usaha membantu mangsa banjir di Malaysia.
Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, sumbangan tersebut akan disalurkan menerusi Persatuan Palang Merah Singapura untuk diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCH).