Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Pemerintah tambah $2b ke dana bangun lapangan terbang Changi

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menyuntik tambahan $2 bilion ke Dana Pembangunan Lapangan Terbang Changi, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, pada Jumaat.



Dana Pembangunan Lapangan Terbang Changi ditubuhkan pada 2015 untuk menyokong projek peluasan lapangan terbang.



Menurut laporan pada 2018, pemerintah sebelum ini telah memperuntukkan kira-kira $4 bilion ke dalam dana itu.



Pembangunan Changi East, yang merangkumi pembinaan Terminal 5 (T5) Lapangan Terbang Changi, kemudahan sokongan dan zon perindustrian baru, dijangka menelan belanja berpuluh bilion dolar.



Encik Iswaran juga berkata pembinaan T5 yang tergendala akibat wabak Covid-19 akan dimulakan semula pada 2025, dengan terminal itu dijangka beroperasi sekitar pertengahan tahun 2030.



Kerja pembinaan T5 telah ditangguhkan pada Mei 2020 ekoran wabak Covid-19.



Memberi perkembangan tentang penggunaan Lapangan Terbang Changi, Encik Iswaran berkata trafik penumpang di lapangan terbang itu sepatutnya kembali ke tahap pra-pandemik menjelang 2024, atau mungkin lebih awal.



Jumlah trafik penumpang, penerbangan dan rangkaian bandar di Changi kini berada pada kira-kira 80 peratus daripada tahap pra-Covid-19, manakala penerbangan di Lapangan Terbang Seletar telah pulih sepenuhnya sejak Januari 2023.



Pada 2019, sejumlah 68.3 juta penumpang melalui Lapangan Terbang Changi, dengan 382,000 penerbangan komersial berlepas atau mendarat di lapangan terbang tersebut.



Trafik penumpang jatuh ke paras rendah 0.5 peratus daripada jumlah tersebut semasa wabak pada 2020.



Mengenai pembinaan T5, Encik Iswaran berkata:



"Kami merancang T5 beroperasi pada pertengahan 2030-an. Kerja-kerja penyediaan tanah dan perparitan di Changi East telah siap, dan pembinaan dijangka akan dimulakan menjelang 2025. Landasan ketiga juga akan siap menjelang akhir dekad ini."



Selain itu, Encik Iswaran turut menggariskan usaha kemampanan sektor pengangkutan demi mengurangkan pelepasan gas pencemar dalam tiga sektor termasuk udara, darat dan maritim.



Bagi sektor udara, satu Program Kemampanan Penerbangan baru bernilai $50 juta akan diperkenalkan untuk memacu usaha penyahkarbonan.



Program itu akan menawarkan sehingga 70 peratus pendanaan bagi projek seluruh sektor yang disasarkan terhadap pengurangan pengeluaran karbon.



Usaha turut dipertingkat menggalak penggunaan kenderaan elektrik di sektor udara.



Hari ini, sekitar 20 peratus daripada 2,500 kenderaan yang digunakan dalam sektor itu adalah elektrik.



Mulai 2025, semua kenderaan ringan baru seperti kereta, van dan mini bas yang akan digunakan dalam sektor udara perlu merupakan kenderaan elektrik.



Berhubung usaha kemampanan terhadap sektor pengangkutan darat pula, Encik Iswaran berkata LTA akan membuka tender bagi 400 bas elektrik baru, pada Mac ini.



Sasarannya ialah agar separuh daripada kohort bas awam menjadi elektrik menjelang 2030.



Terdapat 5,847 bas awam menjelang akhir 2022.



Selain itu, beliau turut mengumumkan lebih banyak cas kenderaan elektrik (EV) akan dipasang di depot bas termasuk depoh baru di Sengkang West, Gali Batu, East Coast, Kim Chuan dan Tengah.



Cas EV telah pun dipasang di depot Bulim, Seletar, Loyang, Bedok dan Bukit Panjang.



Sementara itu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan prasarana mengecas EV, satu geran yang membiayai bersama pemasangan pengecas EV di kondominium akan dilanjutkan selama dua tahun ke Disember 2025.



Di tempat letak kereta HDB pula, 1 dalam 3 akan mempunyai sudut mengecas EV menjelang akhir tahun ini.



Berhubung sektor maritim pula, Encik Iswaran berkata mulai 2030, MPA memerlukan semua kraf pelabuhan, yang digunakan dalam kawasan pelabuhan Singapura, supaya sama ada menggunakan elektrik sepenuhnya, diesel bio atau bahan api bersih seperti hidrogen.




SEKILAS RANCANGAN MOT



■ Bangun hab udara global agar lebih kukuh dan mampan; melabur dalam prasarana dan pembangunan tenaga kerja



■ Sambung semula kerja di Terminal 5



■ Transformasi industri dan pekerjaan agar lebih bersedia untuk mencapai pertumbuhan



■ Memacu usaha dalam kemampanan sekitaran:



a) Penerbangan



- Program Kemampanan Penerbangan baru bernilai $50 juta untuk rangsang usaha penyahkarbonan



- Penggunaan kenderaan tenaga bersih di Changi menjelang 2040



b) Darat



- Geran Pengecas Bersama Kenderaan Elektrik (EV) dilanjutkan hingga Disember 2025. Ia akan biaya bersama sehingga 50 peratus kos pemasangan pengecas EV di kondominium



- Lebih 600 pengecas EV di sekitar 200 tempat letak kereta di bawah projek rintis LTA-URA menjelang akhir Mac 2023



- Lagi 400 bas elektrik dikerahkan mulai Disember 2024



- Menggandakan bilangan depot bas; sokong operasi bas elektrik daripada 5 sekarang kepada 10



c) Maritim



- Sektor kraf senggang dan pelabuhan untuk raih pengeluaran sifar bersih menjelang 2050



- Stesen pengecas pertama bagi kraf pelabuhan akan dikerahkan menjelang pertengahan 2023




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >