Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah terima saranan tingkat mutu NS

Jun 10, 2014 | 11:47 AM



SARANAN sebuah jawatankuasa peringkat tinggi dalam memperbaiki mutu Perkhidmatan Negara (NS) telah diterima secara rasmi oleh Pemerintah.


Beberapa saranan utama oleh Jawatan Memperkukuh NS (CSNS) termasuk pembentukan Kor Sukarelawan dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), menambahkan faedah dan ganjaran untuk anggota dan mengurangkan masa menunggu untuk mereka yang bakal menjalani NS.


Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, Pemerintah akan menerima saranan tersebut.


"Saaranan-saranan ini akan memperkukuh NS untuk generasi masa depan dan memastikan pertahanan dan keselamatan Singapura," tulis beliau dalam surat kepada jawatankuasa itu.


30 perubahan yang disarankan Jawatankuasa tersebut dianggarkan menelan belanja $4.5 bilion yang perlu dibiayi Kementerian Pertahanan sehingga dekad mendatang.


Sekitar separuh daripada jumlah itu akan membiayai faedah dan skim-skim yang bertujuan menyokong para anggota NS, sementara lebihannya akan digunakan untuk meningkatkan sistem latihan SAF, kata jawatankuasa tersebut.


Dibentuk lebih setahun lalu, jawatankuasa tersebut telah mendapatkan maklumbalas dan saranan daripada lebih 40,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat, menerusi perbincangan secara berkumpulan, mesyuarat di dewan himpunan dan sembang di laman Internet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >