Pemerintah tingkatkan operasi keselamatan siber

KEUPAYAAN Pusat Pemantauan Siber Singapura sedang dipertingkatkan, merangkumi peningkatan dalam keupayaan mengesan ancaman yang meningkat terhadap sistem-sistem pemerintah.

Menjelang Januari tahun depan, pusat itu akan berupaya menjejaki perubahan-perubahan terhadap laman-laman web dan rangkaian trafik yang dibuat tanpa izin, dengan mengesan fail-fail berniat jahat dan data yang bocor.

Peningkatan itu dilakukan menyusuli beberapa serangan siber terhadap laman-laman web pemerintah tahun lalu.

"Peningkatan ini akan membolehkan kita memantau laman-laman web pemerintah secara lebih baik dan memeriksa jika terdapat kegiatan-kegiatan jahat yang boleh menjejas khidmat awam dalam talian," kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, ketika berucap di Seminar Keselamatan Infokom anjuran Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) di Pusat Persidangan Marina Bay Sands pagi tadi.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.