Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pemerintah turun ramalan inflasi keseluruhan bagi 2023

Jul 24, 2023 | 07:23 PM



Inflasi di Singapura merosot untuk bulan kedua berturut-turut apabila harga makanan, perkhidmatan dan pengangkutan awam meningkat pada kadar yang lebih perlahan, mendorong pemerintah untuk menurunkan ramalan inflasi keseluruhan bagi 2023.

Jika trend itu berterusan, pakar ekonomi swasta percaya bahawa inflasi teras mungkin turun kepada tiga peratus atau lebih rendah secara keseluruhan bagi 2023.

Inflasi teras, yang tidak termasuk pengangkutan privet atau kos penginapan untuk menggambarkan perbelanjaan isi rumah Singapura dengan lebih baik, jatuh kepada 4.2 peratus tahun ke tahun pada Jun, daripada 4.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Angka pada Jun sama dengan tinjauan pakar ekonomi Reuters.

Ini membawa inflasi teras ke paras terendah sejak pertengahan 2022.

Inflasi utama, atau indeks harga pengguna keseluruhan, juga berkurangan, kepada 4.5 peratus pada Jun daripada 5.1 peratus pada Mei.

Tinjauan Reuters telah mencatat inflasi utama pada 4.55 peratus pada Jun.

Penurunan itu terjadi berikutan kejatuhan inflasi pengangkutan privet yang didorong kenaikan harga kereta yang lebih kecil dan kejatuhan yang lebih curam dalam kos petrol.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) dalam laporannya pada Isnin menurunkan ramalan inflasi keseluruhan bagi 2023 kepada antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus. Sebelum ini, ramalannya ialah antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus.

Anggaran inflasi teras kekal sama iaitu antara 3.5 peratus dan 4.5 peratus.

MAS dan MTI berkata inflasi teras dijangka lebih sederhana lagi pada separuh tahun kedua 2023, sedang kos import jatuh daripada paras 2022 dan pasaran buruh domestik menjadi kurang ketat.

“Terdapat kemungkinan bahawa inflasi teras akan berkurangan di bawah paras 3 peratus menjelang suku keempat,” kata ketua ekonomi OCBC, Cik Selena Ling, sambil menambah bahawa penurunan inflasi adalah “penegasan positif keputusan MAS untuk menghentikan pengetatan dasar kewangan pada bulan April”.

Beliau kata bahawa inflasi teras mengambil masa lebih lama untuk kembali pada paras 2.5 peratus hingga tiga peratus tahun ke tahun, antaranya akibat pasaran buruh yang masih ketat, permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dan kembalinya lebih ramai pengunjung luar negara.

Pakar ekonomi kanan Oxford Economics, Encik Alex Holmes berkata angka bulan ke bulan, yang menunjukkan masih ada kenaikan harga, adalah faktor utama pada peringkat ini.

“Walaupun indeks harga pengguna utama naik 0.5 peratus bulan ke bulan pada Jun, ia khususnya disebabkan harga pengangkutan, yang tidak termasuk dalam ukuran teras.

“Inflasi teras meningkat hanya 0.2 peratus bulan ke bulan, bersamaan kira-kira dua peratus pada kadar tahunan – hampir normal. Jika trend ini berterusan, kita boleh menjangkakan inflasi teras sebanyak 3 peratus menjelang akhir tahun,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >