Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah turunkan had atas unjuran pertumbuhan S'pura ke 2%

Aug 11, 2016 | 08:58 AM



PEMERINTAH telah mengecil unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini disebabkan prospek global lebih lemah dan kebimbangan mengenai Brexit.



Ekonomi Singapura kini dijangka berkembang 1 hingga 2 peratus, daripada 1 hingga 3 peratus, umum Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Khamis (11 Ogos).



Pada suku kedua tahun ini, hasil dalam negeri kasar (GDP) Singapura berkembang 2.1 peratus dari tahun ke tahun, tidak berubah daripada suku pertama. Ini lebih rendah daripada anggaran awal sebanyak 2.2 peratus yang diumum bulan lepas.



"Prospek ekonomi global menjadi lemah sedikit sejak tiga bulan lalu pada Mei. Undi UK pada Jun untuk meninggalkan Kesatuan Eropah telah menjejas dan juga menambah ketidakpastian terhadap prospek pertumbuhan global.



"Sejajar dengan ini, kebanyakan ekonomi utama, kecuali Amerika Syarikat, dijangka menyaksikan pertumbuhan sama atau lebih perlahan pada separuh kedua tahun ini berbanding separuh pertama tahun ini," kata MTI dalam satu kenyataan.



Berdasarkan asas tahunan suku ke suku diselaraskan secara bermusim, ekonomi Singapura berkembang 0.3 peratus dari April hingga Jun lalu, tinggi sedikit daripada pertumbuhan 0.1 peratus pada suku sebelumnya.



MTI berkata sektor perkilangan berkembang 1.1 tahun ke tahun pada suku kedua, membalikkan penurunan 0.5 peratus pada suku pertama.



Pertumbuhan sektor binaan menjadi sederhana kepada 3.3 peratus, daripada 4.0 peratus pada suku pertama, terjejas oleh penurunan dalam kerja pembinaan sektor swasta.



Sektor perdagangan borong & runcit berkembang 2.2 peratus, berbanding pertumbuhan 2.9 peratus pada suku sebelumnya.



Sementara itu, sektor kewangan dan insurans berkembang 0.8 peratus, berbanding pertumbuhan 2.7 peratus pada suku pertama.



Sektor perkhidmatan perniagaan mencatat penguncupan kecil 0.2 peratus, berbanding dengan pertumbuhan 0.1 peratus pada suku pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >