Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'PURA LONGGARKAN SEKATAN

Pemilik F&B tidak sabar sambut kumpulan pelanggan lebih besar

F&B
Mar 26, 2022 | 05:30 AM



PEMILIK kedai makanan dan minuman (F&B) tidak sabar menyambut kedatangan kumpulan pelanggan lebih besar mulai Selasa ini apabila saiz kumpulan yang boleh menjamu selera di luar dinaikkan ke 10.



Pelanggan juga ghairah kembali menjamu selera bersama ahli keluarga atau rakan-rakan beramai-ramai, setelah dua tahun terpaksa makan dalam kumpulan kecil dengan had dua atau lima orang semeja.



Ini dapat dilihat melalui hampir 100 tempahan yang diterima restoran bufet The Landmark dalam tempoh satu hari sahaja selepas pemerintah mengumumkan penggandaan saiz kumpulan daripada lima kepada 10 kelmarin.



Beberapa pelanggan restoran The Malayan Council pula didapati telah menambah bilangan orang dalam tempahan mereka yang dibuat sebelum pengumuman itu.



Pemerintah kelmarin mengumumkan 10 orang yang telah divaksin penuh boleh menjamu selera bersama di luar, termasuk di pusat penjaja dan kedai kopi, mulai Selasa ini.



Langkah itu sejajar dengan peningkatan dalam saiz kumpulan bagi perhimpunan sosial daripada lima kepada 10 orang bagi kegiatan di mana pelitup dibuka.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Hospitality Group, Encik Ali Abbas, yang memiliki restoran The Landmark, meluahkan rasa gembiranya dengan pengumuman itu dan telah mula merancang susun atur operasi dan menilai semula strategi pemasaran.



"Bukan hanya saiz kumpulan ditambah, malah mulai Selasa ini, perhimpunan seperti sambutan ulang tahun juga kembali dibenarkan. Kami gembira dan bersedia menerima pelanggan setia kami," katanya yang akan menawarkan promosi 'satu untuk satu' bagi sajian berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.



Pemilik The Malayan Council, Encik Mohamad Hafiz Salim al-Khatib, berkata restorannya telah menerima sambutan baik daripada pelanggan dalam kumpulan besar terutama bagi tempoh sebelum bulan puasa.



"Peningkatan dalam saiz kumpulan ini berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan. Melihat keghairan pelanggan, kami berharap lebih ramai akan memilih untuk berbuka puasa di luar Ramadan ini," katanya.



Pemilik restoran Tash Tish Tosh, Encik Wahid Allapitchay, berkata peningkatan saiz kumpulan kepada 10 orang itu menunjukkan keyakinan pemerintah dalam mengatasi pandemik Covid-19 ini.



"Saya harap ini akan membuat orang ramai rasa lebih yakin menjamu selera di luar, dan kami menantikan keluarga dan rakan-rakan berbuka puasa bersama dalam kumpulan lebih besar," katanya yang telah menerima beberapa tempahan untuk lebih daripada lima orang sejak pengumuman itu dibuat kelmarin.



Bagi Cik Roziana Ibrahim, pengumuman tentang saiz kumpulan baru itu amat dialu-alukan kerana beliau tidak sabar untuk kembali makan semeja dengan anak-anaknya di luar.



"Buat masa ini, apabila makan luar, kami terpaksa makan di dua meja berasingan. Kami sekeluarga suka kongsi makanan jadi kami memang tak sabar untuk dapat makan ramai-ramai macam dulu," kata ibu empat anak itu.



Pengumuman tersebut seakan datang tepat pada masanya bagi Cik Roziana, yang bakal menyambut ulang tahunnya hujung bulan ini dan merancang meraikannya dengan menjamu selera di restoran makanan laut bersama-sama suami, anak-anak, ibu dan pembantu rumahnya.



Cik Norliza Ibrahim juga telah merancang menikmati sajian bufet bersama keluarga dan kemudian rakan-rakannya, dengan saiz kumpulan antara lapan dengan 10 orang, sebelum Ramadan.



"Saya rasa saiz kumpulan 10 orang ini memudahkan keluarga besar yang mahu makan luar bersama-sama. Saya percaya datuk nenek pun tidak sabar untuk dapat makan beramai-ramai di luar dengan anak cucu bagi mengeratkan lagi hubungan antara mereka," kata ibu tiga anak itu.




SAIZ KUMPULAN MULAI 29 MAC



- Saiz kumpulan bagi perhimpunan sosial dinaikkan dari lima ke 10 orang bagi kegiatan di mana pelitup dibuka



- Isi rumah dapat menerima hingga 10 tetamu berbeza pada satu-satu masa, naik dari lima



- Kumpulan hingga 10 orang yang telah divaksin penuh boleh menjamu selera bersama di luar, termasuk di pusat penjaja dan kedai kopi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >