Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pemilik laman The Real Singapore dijel lapan bulan

Jun 29, 2016 | 05:30 AM



PENGASAS bersama laman sosiopolitik The Real Singapore (TRS), Yang Kaiheng, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan semalam.



Warga Singapura berusia 27 tahun itu telah mengaku bersalah menggunakan laman popular itu bagi "menggalak perasaan memburuk-burukkan dan permusuhan" dan menimbulkan sentimen antiwarga asing di Singapura.



Dia telah mengaku bersalah atas enam tuduhan di bawah Akta Hasutan selepas tujuh hari perbicaraan.



Dua lagi tuduhan - satu lagi tuduhan menghasut dan satu tuduhan kerana gagal menghasilkan kenyataan kewangan berkaitan keuntungan pengiklanan blog itu - turut dipertimbang semasa hukuman dijatuhkan.



Fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwa Jumaat lalu menunjukkan Yang telah memegang sebahagian besar keuntungan pengiklanan sekitar $550,000 yang diperolehi dari Disember 2012 hingga April tahun lalu.



Dia juga mengendalikan setiap aspek operasi laman itu, daripada menerajui pembangunan aplikasi mudah alih hingga kepada membuat keputusan di manakah platform pengiklanan diletakkan. Dia juga memikirkan cara baru bagi laman itu mendapatkan lebih banyak pendapatan.



Yang juga mempunyai akses penuh dalam TRS dan dia boleh mengeluarkan, mengarang atau mengedit artikel di laman itu.



Sebahagian besar daripada pendapatan keuntungan itu digunakan untuk membayar sebuah apartmen yang dibeli bersama isterinya, Ai Takagi, serta membiaya yuran pengajian Yang di Universiti Queensland di Australia.



Pasangan itu telah bersedia menghadapi perbicaraan, namun Takagi, 23 tahun, telah mengaku salah dari awal lagi.



Dia dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan telah menjalani hukuman itu sejak April lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >