Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik, penyewa dikira salah jika ada bukti sampah dibuang dari flat mereka

Feb 06, 2023 | 09:09 PM



PEMILIK atau penyewa flat akan dianggap telah melakukan kesalahan membuang sampah dari bangunan tinggi jika terdapat bukti jelas perbuatan itu dilakukan dari unit mereka.


Itu sebahagian daripada pindaan kepada Rang Undang-Undang Kesihatan Awam Persekitaran yang diluluskan di Parlimen pada Isnin (6 Feb).


Dengan pindaan tersebut, pemilik dan penyewa flat kediaman kini mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk mengelakkan perbuatan membuang sampah berlaku dari unit mereka.


Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata, semasa bacaan kali kedua rang undang-undang itu pada Isnin, maklum balas mengenai perbuatan membuang sampah dari tempat tinggi meningkat lebih 60 peratus antara dua tempoh tiga tahun berturut-turut.


Ia naik daripada purata 19,000 kes antara 2017 dengan 2019 kepada purata 31,200 kes antara 2020 dengan 2022.


“Tindakan lebih tegas diperlukan untuk menangani punca masalah itu dan mencegah perbuatan membuang sampah dari tempat tinggi.


“Kami akan melakukannya dengan memperkenal anggapan untuk meletakkan tanggungjawab lebih besar ke atas pemilik dan penyewa flat kediaman untuk mengelakkan perbuatan membuang sampah dilakukan dari unit mereka, dan apabila kesalahan tersebut telah dilakukan, mereka mengambil tanggungjawab lebih besar untuk mengenal pasti pesalah,” kata beliau.


Untuk menganggap pemilik atau penyewa flat telah melakukan kesalahan, Dr Khor berkata perlu ada bukti jelas yang merakam perbuatan membuang sampah itu, dan juga flat sampah itu berasal.


Sumber bukti utama yang akan digunakan ialah gambar atau rakaman dari kamera penguatkuasaan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), namun pemerintah akan menerima bukti sedemikian yang diberi orang awam, tertakluk pada mutu bukti yang diperlukan untuk menyokong tindakan penguatkuasaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >