GOLONGAN pemimpin generasi keempat (4G) akan melancarkan satu siri perbincangan dengan beberapa kumpulan warga Singapura untuk memulakan kerjasama bersama rakyat demi melakar masa hadapan negara.
Mengongsi kesediaan mereka mendengar pandangan dan maklum balas warga itu, Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, berkata mereka akan mendengar pandangan dan perspektif warga "dengan rasa rendah hati dan hormat".