DARI VIENTIANE, LAOS: PEMIMPIN Asean semalam bersetuju mahu memperkukuh kerjasama dalam menangani bencana dan kecemasan serta mempertingkat hubungan antara anggota.
Sebanyak 10 negara anggota menandatangani perjanjian yang digelar Pengisytiharan Asean bagi Satu Asean, Satu Respons: Asean Bersatu Memberi Respons kepada Bencana dalam dan luar Rantau.