Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin dunia beri ucap takziah

Mar 23, 2015 | 02:56 PM



PERDANA Menteri Britain, David Cameron, melahirkan rasa sedihnya menyusuli berita pemergian Perdana Menteri Pertama Singapura, Encik Lee Kuan Yew.


Memuji Encik Lee kerana kejayaan Singapura sekali gus menjadikannya antara kisah kejayaan hebat dalam dunia moden ini, pemimpin Britain itu turut menyifatkan Encik Lee sebagai teman kepada Britain.


"Ramai Perdana Menteri Britain telah meraih manfaat daripada nasihatnya yang bijaksana, termasuk saya," ujarnya.


Encik Cameron juga teringat kata-kata mantan perdana menteri Britain dan mantan pemimpin pemerintahan konservatif Cik Margaret Thatcher, yang menyifatkan tiada perdana menteri lain yang beliau kagumi lebih dari Encik Lee.


"Beliau kagum dengan keteguhan Encik Lee, pandangannya yang jelas serta visi masa depannya," tambahnya.


Mengakhiri ucapan penghormatannya, Encik Cameron berkata:


"Tempatnya dalam sejarah sudah terjamin."


Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino, juga telah menyampaikan mesej perpaduan rakyat Filipina kepada Singapura dalam tempoh perkabungan ini.


"Satu era telah berlalu di mana rakyat Singapura boleh mengenang kembali pencapaian Singapura dengan rasa penuh bangga.


"Sepanjang kehidupannya sebagai perdana menteri dan kemudian menteri kanan, Encik Lee memaparkan kesetiaannya yang tidak pernah pudar kepada negara.


"Kesetiaan ini sekali gus menjadi contoh pentingnya mewujudkan pemerintahan yang berkesan, moden dan jujur," ujar Encik Aquino.


Beliau menambah pembangunan Singapura hari ini dihormati termasuk ribuan rakyat Filipina yang bekerja dan melawat Singapura.


Encik Aquino turut mengucapkan takziah peribadinya kepada Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >