AHLI politik pembangkang mengetepikan perbezaan politik untuk menyampaikan takziah kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan keluarganya di atas pemergian mendiang Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew, awal pagi semalam.
Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Low Thia Khiang, dalam surat takziahnya kepada Perdana Menteri Lee berkata pemergian mendiang Lee menandakan berakhir sudah satu era dalam lipatan sejarah Singapura.