PEMINAT dan jurulatih golf setempat tidak menjangka langkah pemerintah mengurangkan kawasan padang golf di sini akan menjejas kegemaran atau sumber rezeki mereka.
Beberapa peminat dan jurulatih golf Melayu/Islam yang dihubungi Berita Minggu berkata terdapat banyak lagi pilihan padang golf di seberang tambak dan di Batam atau Bintan yang boleh memenuhi keperluan mereka.