Pemiutang haram: Hampir 200 orang diberkas

HAMPIR 200 orang berusia antara 16 dan 77 tahun telah diberkas dalam satu operasi terhadap pemiutang wang tanpa lesen baru-baru ini.

Operasi lima hari itu, yang dijalankan dari 11 hingga 15 Ogos, berjaya menangkap 126 lelaki dan 56 wanita semasa serbuan dilaksanakan di pelbagai lokasi.

Siasatan awal mendedahkan 165 suspek dipercayai telah membuka akaun bank dan memberi kad mesin tunai automatik (ATM) dan nombor indentiti peribadi kepada tailong untuk membantu mereka dalam kegiatan jenayah.

Lagi 16 orang dipercayai terlibat dalam gangguan, atau membantu tailong melaksanakan pemindahan ATM, mengesahkan butiran penghutang dan memeriksa sekiranya rumah mereka telah dilakumusnah.

Di bawah Akta Peminjam Wang, apabila akaun bank atau kad ATM seseorang digunakan untuk mempermudahkan peminjaman wang oleh seorang pemiutang wang tanpa lesen, orang itu dianggap telah membantu dalam melaksanakan perniagaan peminjaman wang tanpa lesen.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.