Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penagih baru yang tangkap bertambah 20%, kebanyakan bawah 30 tahun

Feb 15, 2016 | 04:50 PM



HAMPIR 70 peratus penagih dadah baru yang ditangkap tahun lalu kekal di bawah 30 tahun, mengikut angka terkini yang dikeluarkan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Isnin (15 Feb).


Jumlah ganja yang dirampas juga terus meningkat, dan kini ia dadah kedua paling disalah guna oleh penagih baru selepas methamphetamine, atau Ice.


Jumlah penagih yang ditangkap meningkat 6 peratus kepada 3,338 orang tahun lalu, setelah berkurangan pada 2014.


Daripada jumlah itu, 1,311 ialah penagih baru, iaitu bertambah 20 peratus. Penagih baru berusia di bawah 20 tahun meningkat lebih 50 peratus.


Penagih muda kekal menjadi majoriti dalam kalangan pesalah kali pertama sejak sekitar 2011.


Bilangan penagih baru berusia di bawah 30 tahun juga meningkat sejak 2009, apabila 581 daripada mereka ditangkap.


Tahun lepas, bilangan itu bertambah kepada 901, meningkat daripada 750.


Nilai dadah yang dirampas tahun lepas meningkat kira-kira 5 peratus kepada $8.56 juta. Sebanyak 44.29 kg ganja dirampas, bertambah 26 peratus. Ini berbanding 15.57kg ganja dirampas pada 2013.


Ice dan heroin terus menjadi dadah yang disalah guna oleh lebih 90 peratus penagih yang ditangkap, dengan Ice sekarang menjadi dadah paling disalah guna.


Ini berlaku sedang rampasan terbesar Ice adalah di Timur dan Asia Tenggara, menurut Laporan Dadah Dunia 2015 oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah.


Sekitar 88 tan Ice dirampas pada 2013, meningkat daripada 34 tan pada 2009.


Untuk "menangani keadaan dadah serantau yang mencabar", CNB mengadakan 11 operasi bersama rakan asing tahun lalu, kata biro itu.


Selain peningkatan dalam ganja dirampas sejak beberapa tahun, dadah lain seperti nimetazepam, subutex dan bahan psikoaktif baru (NPS) juga meningkat tahun lepas.


Jumlah tablet subutex yang dirampasa bertambah lebih lima puluh kali ganda, manakala kira-kira 30 kali lebih banyak NPS, dari segi berat, dirampas.


"Terdapat tanda sikap semakin toleran terhadap dadah, terutama dalam kalangan golongan muda yang lebih tua." kata Pengarah CNB, Encik Ng Ser Song.


"Pendidikan pencegahan dadah kekal menjadi barisan pertama pertahanan kita. Kami akan meneruskan usaha mendekati dan mendidik belia kita mengenai bahaya dadah dan menguatkan tekad mereka untuk kekal bebas dadah."


Khususnya, kata beliau, CNB merancang terus melaksana saranan Pasukan Petugas mengenai Belia dan Dadah bagi meningkatkan usaha jangkauan kepada golongan belia lebih tua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >