Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penagih kongsi perjalanan buang ketagihan dadah

Dec 13, 2020 | 05:30 AM



APA pun jenis dadah, biar sekecil mana atau dianggap 'kurang serius" pun, tetap meninggalkan kesan buruk sehingga menjejas pergaulan, gaya hidup dan pekerjaan.



Ini diakui Encik R (bukan nama sebenar) yang terjebak dalam kancah dadah bermula dengan pengambilan ganja.



Encik R berkata beliau telah melalu banyak kesan buruk terutama pada kesihatan serta hubungannya dengan keluarga, gara-gara dadah yang mulanya dianggap sebagai kegiatan yang tidak membahayakan.



Walaupun beliau sudah bebas daripada dadah selama setahun, Encik R berkata bahawa perjalanan pemulihannya baru sahaja bermula.



Ketika ditemui oleh Berita Minggu baru-baru ini, Encik R berkata beliau sendiri telah mengalami cabaran yang sama seperti ramai yang mencuba menendang tabiat yang buruk itu.



"Proses pemulihan ini telah bermula semasa saya banyak merenung dan melihat ke dalam diri saya untuk menghentikan pengambilan dadah.



"Ramai yang saya tahu kini bergantung pada faktor persekitaran yang lain seperti pemulihan intervensi dan sokongan orang ramai. Walaupun, faktor-faktor ini penting dalam proses pemulihan, ia tidak akan berguna sekiranya seseorang itu tidak mempunyai niat untuk menghentikan tabiat buruk itu," kata beliau yang berusia 26 tahun.



Encik R terdedah kepada ganja buat pertama kali di majlis ulang tahun ke-21 rakannya pada 2015.



Walaupun beliau pada awalnya mengambil ganja akibat tekanan rakan sebaya dari sekolah, beliau akhirnya kian ketagih.



Beliau kemudian mula mengambil dadah psikoaktif yang lebih dikenali sebagai 'K2' atau 'Cendawan'.



Encik R pertama kali dimasukkan ke berek tahanan (DB) tujuh hari sebelum meraikan Tempoh Tamat Perkhidmatan (ORD).



Masih tidak serik, beliau ditangkap kali kedua pada 2018 bersama rakan-rakannya yang merancang mendapatkan dadah, di sekatan jalan raya polis.



"Semasa itu, saya telah menerima keadaan itu sebagai satu tanda untuk saya betul-betul menukar kali ini dan menjalani kehidupan yang lebih baik.



"Kemudian, saya diletakkan di bawah pengawasan perubatan selama tujuh hari lagi dan kemudian dibebaskan di bawah pengawasan ujian kencing selama dua tahun," kata Encik R, yang kini bekerja sebagai seorang penghantar.



Walaupun begitu, beliau mengalami cabaran mengikuti jadual ujian tersebut.



Namun dengan sokongan pegawai penyelianya, beliau menemui keyakinan baru untuk tidak jatuh daripada rejim itu.



"Mengambil dadah ini menukar diri saya. Ia menukar cara saya membuat keputusan, cara saya berbicara bersama keluarga dan tidak dapat bekerja seperti biasa.



"Saya kehilangan banyak perkara baik yang saya nikmati dulu. Menyedari hari itu, adalah titik perubahan hidup saya," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.



Meskipun agak sukar menendang tabiat buruk itu, Encik R berkata dengan dorongan keluarga serta didikan agama, beliau sudah bebas daripada dadah selama setahun.



"Kadangkala semasa saya melakukan kerja penghantaran saya sering melalui tempat-tempat yang hangat di mana orang mengambil dadah dan tergoda.



"Tetapi saya ingatkan diri saya akan niat saya untuk berubah.



"Kini saya rasa saya lebih gembira dapat meluangkan masa dengan perkara yang baik. Ini termasuk meluangkan masa bersama anak saudara saya, mempunyai hobi pelihara ikan dan lebih banyak membaca.



"Saya rasa sekarang saya dalam keadaan lebih tenang dan damai," sambil menambah bahawa kehidupannya semakin baik apabila dikelilingi orang-orang yang bersikap positif dan baik.



Menyesali kesilapannya, Encik R telah mengirim satu emel kepada Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkongsi pengalamannya dengan harapan ia dapat menjadi contoh kepada orang ramai terutama golongan muda.



"(Emelnya) Ia tulus, ikhlas dan kuat.



"Syarikat-syarikat perubatan cuba sedaya-upaya menjadikan ganja mentah, yang mengandungi THC, dibenarkan di sisi undang-undang hanya demi keuntungan.



"Ini adalah perbuatan sinis apatah lagi mereka tahu orang awam akan terdedah pada bahaya," kata Encik Shanmugam dalam satu catatan di laman Facebook mengulas mengenai pengkelasan semula ganja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai dadah kurang berbahaya.




"(E-melnya) Ia tulus, ikhlas dan kuat.

Syarikat-syarikat perubatan cuba sedaya-upaya menjadikan ganja mentah, yang mengandungi THC, dibenarkan di sisi undang-undang hanya demi keuntungan.

Ini adalah perbuatan sinis apatah lagi mereka tahu orang awam akan terdedah pada bahaya."

- Encik K. Shanmugam, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, dalam satu catatan di laman Facebook mengulas mengenai pengkelasan semula ganja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai dadah kurang berbahaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >