Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penangguhan NS Schooling boleh diteruskan jika syarat dipenuhi

Aug 15, 2016 | 09:08 AM



APABILA perenang Joseph Schooling dibenarkan menangguhkan Perkhidmatan Negara (NS) pada 2013 untuk berlatih bagi Sukan Olimpik, ia "berdasarkan syarat-syarat yang diketahui", dan jika beliau terus memenuhi syarat-syarat itu, penangguhan tersebut boleh diteruskan, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen memberitahu pemberita pada Ahad (14 Ogos) malam.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan apa pingat emas Olimpik yang dimenangi Schooling pada pagi Sabtu bermakna beliau boleh menangguhkan lagi NS beliau.



"Saya rasa seluruh Singapura gembira, penuh rasa bangga dengan pencapaian bersejarah Joseph Schooling," jawab Dr Ng.



"Apabila kita menanguhkan (NS) beliau pada 2013 supaya beliau boleh bertanding - berlatih, bertanding dalam Sukan Olimpik - ia berdasarkan syarat-syarat yang diketahui yang saya sudah jelaskan kepada Parlimen. Dan jika beliau terus memenuhi syarat-syarat itu, saya tidak nampak mengapa tidak."



Di Parlimen pada 2013, Dr Ng berkata penangguhan NS "boleh diberi dalam keadaan tertentu untuk ahli sukan individu, yang dinilai berpotensi menjadi pemenang pingat di peringkat antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan membawa kebanggaan nasional untuk negara."



Individu itu perlu menunjukkan mengapa penangguhan perlu baginya berlatih sepenuh masa dan bertanding dengan jayanya di peringkat antarabangsa, dan setiap kes akan dinilai secara individu dengan rundingan bersama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.



"Syarat-syarat itu sentiasa cukup jelas dan jika ahli sukan mencapai syarat-syarat tersebut kami tidak mempunyai masalah dalam memberi (mereka) penangguhan."



Bagaimanapun apabila ditanya pada Ahad malam apakah Schooling akan dikecualikan sepenuhnya daripada NS, Dr Ng berkata: "Saya fikir kita perlu ambil satu langkah pada satu masa. Mari kita lihat bagaimana ia berkembang."



Pada masa ini, Singapura perlu memberi fokus dalam mengucapkan tahniah kepada Schooling, ujar Dr Ng.



"Dan benar-benar usahanya, sokongan ibu bapanya dan juga masyarakat yang membolehkan beliau mencapai tahap itu walaupun pada usia muda. Jadi mari kita menggunakan masa ini untuk hanya bersatu dan mengucapkan tahniah kepada beliau dan pencapaian beliau."



Menytakan bahawa Parlimen akan mengemukakan usul bagi mengucapkan tahniah dan secara rasmi mengiktiraf Schooling pada Isnin (15 Ogos), Dr Ng berkata: "Saya rasa soalan-soalan lain boleh tunggu hingga selepas itu."



Dr Ng berkata demikian ketika ditemui dalam satu majlis akar umbi di Toa Payoh Central.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >