Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penangkapan 27 warga Bangladesh: Duta tegaskan masyarakat umumnya cinta keamanan

Jan 21, 2016 | 07:55 AM



WALAUPUN mengutuk tindakan 27 warga senegara beliau yang ditangkap tahun lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Singapura menegaskan bahawa kebanyakan warga Bangladesh cintakan keamanan dan patuh undang-undang.


Bercakap kepada akhbar The Straits Times semasa solat jenazah seorang pemimpin masyarakat di Masjid Angullia di Little India pada Rabu (20 Jan), Encik Mahbub Uz Zaman berkata tindakan pemerintah Singapura "menghantar mereka pulang adalah betul", merujuk kepada individu yang menjadi radikal itu.


Semua, kecuali seorang, daripada 27 pekerja binaan itu, yang sedang merancang melancarkan jihad bersenjata di negara asal mereka, telah dihantar pulang.


Baki sorang itu sedang menjalani hukuman penjara kerana cuba meninggalkan Singapura secara haram. Dia juga akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman.


Encik Zaman, yang menyandang jawatan itu sejak 2012, mengesahkan polis di Dhaka sedang menyiasat perkara tersebut.


"Individu-individu radikal itu ditahan sebaik sahaja mereka mendarat," katanya.


Sekarang terdapat 160,000 warga Bangladesh di Singapuara. Kebanyakan mereka bekerja dalam sektor binaan.


Encik Zaman berkata kedutaan itu akan terus melawat pekerja di asrama mereka.


"Kami akan memberitahu mereka bahawa mereka harus mematuhi undang-undang di sini dan tidak terlibat dalam kegiatan haram."


Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa 27 individu itu "tidak mewakili masyarakat (Bangladesh)"


Encik Zaman menegaskan bahawa warga Bangladesh di sini tergolong dalam "masyarakat yang cintakan keamanan yang mematuhi peraturan negara yang mereka tinggal", yang juga telah menyumbang kepada masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >