Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penangkapan ISA: Muis prihatin, sedih ancaman radikalisasi pada belia

Jan 27, 2021 | 07:37 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) prihatin dan bersedih mengetahui tentang penangkapan belia yang merancang pengganasan yang disasarkan kepada dua masjid di Singapura.



Dalam kenyataannya pada petang Rabu (27 Januari), Muis mengecam semua tindakan pengganasan dan keganasan yang tiada tempat dalam apa jua agama.



"Perbuatan ini akan memecahbelahkan masyarakat. Ia adalah peringatan tegas tentang kewujudan ancaman radikalisasi dalam talian yang sentiasa ada, dan dengan media sosial secara bersama menyelubungi kehidupan kita, ia membawa bahaya ideologi ekstremis ke dalam rumah kita.



"Kita semua khususnya prihatin terhadap belia kita," jelas Muis.



Orang ramai diingatkan bahawa kes ini adalah peristiwa terpencil dengan masyarakat Singapura bernasib baik bahawa ia dikesan awal oleh agensi keselamatan.



"Institusi agama kita juga sudah bersedia menangani senario ini di bawah Rangka Kerja SG Secure dan program Persediaan Krisis bagi Pertubuhan Agama (CPRO).



"Kita berterima kasih di Singapura, kita memiliki ikatan rapat persahabatan dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat berbilang kepercayaan dan kepimpinan mereka serta tidak akan membenarkan sebarang tindakan pengganasan oleh individu yang tersalah arah tuju mengancam fabrik sosial kita," tambah Muis.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >