Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencapaian Kelas Pertama NUS

Empat mahasiswa Melayu-Islam bukti keupayaan dalam bidang hartanah, undang-undang dan farmasi
Jul 19, 2016 | 05:30 AM



EMPAT mahasiswa Melayu/Islam membuktikan keupayaan mereka mencapai keputusan cemerlang dengan muncul sebagai antara lulusan cemerlang Universiti Nasional Singapura (NUS) tahun ini.



Mereka membuktikannya menerusi pencapaian keputusan terbaik dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama di majlis konvokesyen NUS baru-baru ini.



Encik Muhammad Noor Danial Noorrashid, 25 tahun, berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama setelah menamatkan pengajiannya selama empat setengah tahun di NUS.



Encik Danial yang kini bertugas sebagai Penilai di Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) pernah ke beberapa negara termasuk Jerman, Britain, Amerika Syarikat dan Korea Selatan menjalani program 'internship' bagi mengasah bakatnya.



"Saya ke luar negara kerana ingin mendapatkan pengalaman dan pendedahan kepada pasaran hartanah negara lain," katanya.



Beliau memiliki dua ijazah - Sarjana Muda Sains bidang Hartanah dengan Kepujian Kelas Pertama dan ijazah Sarjana Muda bidang Pentadbiran Perniagaan.



Encik Hairul Hakkim Kuthibutheen, 24 tahun, dianugerahkan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dengan Kepujian Kelas Pertama.



Ketika berusia 14 tahun, bapa Encik Hairul Hakkim Kuthibutheen telah meninggal dunia akibat sakit ginjal dan ini menyebabkan beliau berusaha gigih mendaki pencapaian peribadinya.



Manakala dua lagi graduan NUS menerima ijazah Kepujian (Kecemerlangan Tertinggi) - setaraf dengan Kepujian Kelas Pertama.



Mereka adalah Cik Nur Atiqah Johan, 23 tahun, yang meraih ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Farmasi dengan Kepujian (Kecemerlangan Tertinggi).



Cik Nur Atiqah yang sedang menjalani Latihan Pra-Pendaftaran di Hospital Universiti Nasional (NUH) berkata tiada jalan pintas untuknya mengecapi pencapaian tersebut.



Encik Muhammad Ismail Alaudin, 25 tahun, yang kini menceburi bidang pengajaan kesihatan meraih ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Farmasi dengan Kepujian (Kecemerlangan Tertinggi).



Bagi bekas pelajar sekolah Anglo-Chinese School (Bebas) itu, kisah ibunya, seorang jururawat kanan, telah menjadi pendorong kepadanya menceburi bidang pengajaan kesihatan dan melakukan yang terbaik untuk beliau dan demi keluarganya.



Berita lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >