PENCAPAIAN pelajar madrasah meraih pekerjaan melepasi kerjaya tradisional sebagai asatizah dan pentadbir institusi Muslim adalah sesuatu yang membanggakan.
Ini kerana kian ramai yang menceburi bidang lain seperti psikologi, kaunseling, undang-undang, jurutera, perubatan dan juga pengkaji dalam mekanobiologi (mechanobiology).