PENDAFTARAN kanak-kanak untuk kemasukan Darjah Satu (P1) pada tahun depan akan bermula pada 30 Jun dan berakhir pada 26 Ogos ini.
Menurut pengumuman Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, kanak-kanak yang dilahirkan antara 2 Januari 2010 dengan 1 Januari 2011, termasuk kedua-dua tarikh itu, perlu didaftar dalam Latihan Pendaftaran P1 tahun ini bagi kemasukan ke sekolah rendah pada Januari depan.