Pendaftaran NS bagi warga, PR lahir Jan hingga April 1999

PENDAFTARAN Perkhidmatan Negara (NS) bagi warga dan Penduduk Tetap (PR) lelaki Singapura yang lahir antara 1 Januari 1999 dan April 30 1999 akan dijalankan antara 13 Januari dan 2 Februari.

Mereka yang terlibat boleh mendaftar dalam talian di www.ns.sg atau di Podium Pangkalan Tenaga Manusia Pusat (CMPB) di 3 Depot Road.

Jika pendaftaran dilakukan di CMPB, pendaftar mesti membawa kad pengenalan atau sijil kelahiran, sijil pendidikan, sijil kewarganegaraan dan dokumen lain yang dinyatakan dalam notis pendaftaran.

Pendaftar boleh memohon, sama ada dalam talian atau secara peribadi, untuk menangguhkah pendaftaran kerana mahu menamatkan pengajian di Singapura.

Jika permohonan bagi penangguhan berjaya, pendaftar akan menerima satu lagi notis tentang bila beliau harus melaporkan diri bagi pendaftaran.

Mereka yang tidak memenuhi kriteria penangguhan atau tidak berjaya dalam permohonan untuk penangguhan, mesti, semasa pendaftaran, memilih suatu tarikh antara 4 Mac dan 19 April bagi pemeriksaan perubatan.

Mereka perlu menghadiri pemeriksaan kesihatan di CMPB pada tarikh yang dipilih antara 8 pagi dengan 1 petang.

Untuk maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi 1800-367-6767 atau e-mel contact@ns.sg.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 73
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.