PIHAK pendakwa raya telah memfailkan petisyen rayuan terhadap kes Gereja City Harvest (CHC) pada 15 Januari lalu, menurut satu kenyataan Pejabat Peguam Negara (AGC) semalam.
"Pihak pendakwa akan meneruskan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas enam tertuduh, dan kami telah pun memfailkan petisyen rayuan kami pada 15 Januari 2016," kata seorang jurucakap AGC dalam kenyataan tersebut.