Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendakwa Raya tarik balik tuduhan ke atas lelaki yang paksa mangsa makan najis dan air kencing

Dec 14, 2016 | 02:54 PM



SEORANG lelaki berusia 41 tahun yang didakwa menganiaya seorang wanita di Lower Delta Road telah diberikan pelepasan tetapi tidak membebaskannya dari tiga tuduhan yang dihadapi beliau.



Darwinder Singh Sukhdev Singh menghadapi tuduhan pada 24 Julai tahun lalu yakni bersekongkol dengan jiran sebelah rumahnya, Siti Nur Redha Khamis, 25 tahun, dalam memberi makan - berupa najis dan air kencing kepada ibu Siti, Cik Kamisah Burel, 58 tahun.



Pada minggu berikutnya, pada 30 Julai, Darwinder Singh sekali lagi dituduh bersekongkol dengan suami Cik Kamisah, Khamis Abas, dalam memberinya makan najis dan air kencing.



Dia juga dikenakan tuduhan kerana sekali menampar wajah Encik Khamis.



Timbalan Pendakwa Raya, Cik Kelly Ho, memberitahu mahkamah hari ini bahawa pihak pendakwa akan menarik balik ketiga-tiga tuduhan yang menyebabkan kecederaan.



Tiada sebab diberikan atas penarikan tuduhan-tuduhan itu.



Kes ini mula menarik perhatian ramai apabila seorang lagi jiran, Encik Mohammad Juani, 25 tahun, mengepos video di laman rangkaian sosial, Facebook, yang memaparkan keadaan Cik Kamisah yang uzur yang ditempeleng dengan kuat oleh Cik Siti di luar rumahnya di tingkat 3 Blok 48, Lower Delta Road.



Ketika Cik Kamisah cuba membetulkan kedudukannya, beliau ditampar sekali lagi di wajah sebelah.



Video sepanjang 77 saat itu kemudian menular dan ditonton lebih setengah juta dalam sehari, yang meningkatkan kemarahan ramai di laman dalam talian.



Kementerian Sosial dan Pembangunan Keluarga juga memberi respons menerusi satu kenyataan dalam masa kurang daripada tiga jam selepas video itu dimuatnaikkan, dengan menyatakan hal itu sedang disiasat.



Encik Juani mendakwa penganiayaan itu telah berlaku hampir setiap hari selama enam bulan.



Jiran tetangga pada tahun lalu memberitahu akhbar The Straits Times bahawa mereka sering nampak wanita tua itu dianiaya, dan suaminya bersama anak perempuannya yang bertanggungjawab.



Kedua-kedua Siti dan bapanya belum dikenakan sebarang tuduhan di mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >