Pendakwaraya rayu kurangkan hukuman pesalah

UNTUK pertama kalinya dalam sejarah undang-undang Singapura, pihak pendakwaraya berjaya membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman pesalah.

Tempoh hukuman penjara pesalah Lim Choon Teck, 35 tahun, itu dikurangkan daripada lapan minggu kepada tiga minggu.

Pihak pendakwa berkata tempoh hukuman penjara yang dikenakan seorang hakim daerah ke atas Lim, yang melanggar seorang pejalan kaki warga emas semasa berbasikal di kaki lima, adalah tidak seimbang.

Timbalan Pendakwa Raya Prem Raj Prabakaran memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya membuat rayuan itu untuk memastikan Lim, yang tidak diwakili peguam, dikenakan hukuman secara adil dan sesuai.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.