Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendapatan benar di Singapura naik 5.4 peratus pada 2015

Nov 30, 2015 | 01:55 PM



PENDAPATAN benar meningkat dengan kukuh pada 2015, disebabkan pasaran buruh ketat, menurut angka awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (30 Nov).


Selepas mengambil kira inflasi negatif, pendapatan median, termasuk sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) majikan, meningkat 5.4 peratus bagi warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang bekerja sepenuh masa warga Singapura, selepas keadaan kurang baik tahun lepas.


Gaji median $ 3949 pada Jun lalu.


MOM berkata dalam laporan Tenaga Kerja Singapura terbarunya bahawa pertumbuhan itu disebabkan pasaran buruh terus ketat dan kekurangan tenaga kerja dalam beberapa industri.


Walaupun ada inisiatif berterusan untuk meningkatkan pendapatan mereka, pekerja dalam golongan berpendapatan 20 peratus di bawah mendapati gaji mereka naik pada kadar lebih perlahan daripada pekerja purata sepanjang lima tahun lalu.


Selepas mengambil kira inflasi, pendapatan peratusan ke-20 meningkat 2.1 peratus setahun, manakala mereka yang berada di peratusan median meningkat 3.1 peratus setahun dari 2010 hingga 2015.


Lebih ramai penduduk Singapura memasuki tenaga kerja dan mencari pekerjaan. Kadar penyertaan tenaga buruh bagi 2015 meningkat kepada 68.3 peratus, daripada 67 peratus tahun lepas, berkembang lebih cepat bagi wanita berbanding lelaki.


Peratusan penduduk Singapura yang bekerja juga meningkat sedikit kepada 80.5 peratus, daripada 79.7 peratus tahun lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >