PARA penumpang penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ317 yang membuat pendaratan cemas di Azerbaijan kelmarin telah selamat tiba di Lapangan Terbang Changi mengikut jadual pada 3.34 petang semalam.
Menurut satu kenyataan, syarikat itu akan menawarkan bayaran balik kepada penumpang SQ317 itu. Punca masalah yang memaksa pesawat itu membuat pendaratan sedang disiasat, kata SIA.