Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan 3 pihak pastikan S’pura rebut peluang terbaik

May 01, 2023 | 09:25 PM



PENDEKATAN tiga pihak yang diambil Singapura memastikan ia mempunyai peluang terbaik untuk mengatasi cabaran dan merebut peluang baru, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.


Malah, beliau menganggapnya “resipi rahsia” dan “formula rahsia” Singapura serta “kelebihan daya saing yang paling hebat dan paling mampan” negara ini.


Meskipun Singapura mungkin tidak dapat bersaing dari segi kewangan dengan negara-negara yang lebih besar untuk menarik pelaburan, ia mempunyai sesuatu yang lebih bernilai – struktur kerjasama tiga pihak yang mantap, kata beliau dalam ucapan Rapat Hari Pekerja pada Isnin.


“Kita tidak mampu menandingi mereka (ekonomi-ekonomi besar), kita tidak mampu mengeluarkan subsidi berskala besar yang sama.


“Tapi apa yang kita ada, nilainya jauh lebih tinggi – struktur kerjasama tiga pihak yang berkesan dan efektif.


“Oleh itu, kita menghargai dan menjaga warisan yang berharga ini dan menjadikannya lebih baik,” ujar Encik Wong.


Beliau akur melangkah ke hadapan, saingan akan semakin sengit kerana ekonomi-ekonomi besar mengetepikan wang yang banyak sekali untuk membina industri strategik mereka sendiri.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >