Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan S'pura bagi sesuatu isu ialah tidak memanipulasi sembarang pihak: PM Lee

Sep 30, 2016 | 08:02 AM



SINGAPURA tidak harus dilihat "memanipulasi pelbagai pihak" mengenai sesuatu isu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (29 Sep), apabila beliau menggariskan pendirian dasar luar berprinsip yang sentiasa diambil Republik ini.



Pendekatan dasar luar Singapura ialah berkawan dengan semua negara yang ingin berbaik-baik dengan Singapura, katanya kepada pemberita pada akhir lawatan rasmi empat hari ke Jepun.



Jadi, "anda tidak boleh mempunyai mesej berbeza untuk orang berbeza kerana anda akan menghadapi masalah sangat serius".



Beliau menambah: "Kita mesti mempunyai pendirian, kedudukan kita sendiri, dan kita berpegang pada pendirian itu apabila bercakap kepada sesiapa saja, di sembarang negara atau ibu negara yang kita berada. Apabila kita membuat ucapan, intinya mesti sama."



Hubungan dalam kalangan rakan Singapura mungkin rumit dari semasa ke semasa, seperti yang terbukti dalam isu-isu baru-baru ini, seperti pertikaian wilayah di Laut China Selatan.



Tetapi dalam keadaan seperti ini, beliau berkata "kita harus memutuskan di mana pendirian kita dan bagaimana kita boleh cuba dengan cara terbaik memelihara persahabatan kita dengan kedua-dua belah pihak isu itu".



Pada pihak Asean, ia mahu sebuah rantau terbuka dan mengalu-alukan semua negara, termasuk China dan Jepun, melabur dan bekerjasama dengan kumpulan 10 negara itu.



"Kami tidak melihat konflik. Negara-negara Asean perlu memutuskan pendirian mereka dan kepentingan siapa mereka ambil," katanya.



Sebelum itu, pada Rabu, Encik Lee membuat ucapan panjang lebar mengenai peralihan dinamik serantau dalam satu sesi khas persidangan Nikkei.



Singapura, penyelaras dialog bagi hubungan Asean-China, konsisten dalam semua pendiriannya, kata beliau pada sesi tersebut.



"Tetapi dalam peranan ini, mustahil untuk kami menguasai Asean dan memaksa semua orang mengambil satu pendirian, begitu juga kami tidak dalam kedudukan untuk berunding dengan China bagi pihak Asean.



"Apa yang mungkin kami lakukan ialah menjadi broker jujur, untuk berurusan langsung dengan semua pihak, dan cuba mencapai kata sepakat apabila boleh."



Namun sekalipun apabila negara-negara tidak bersetuju, ia tidak bermakna mereka tidak bekerjasama sama sekali, tambah Encik Lee.



"Tiada isu tunggal yang mentakrif hubungan keseluruhan dengan negara lain," katanya sambil menjelaskan sifat pelbagai aspek hubungan diplomatik, daripada perdagangan hingga pelancongan.



"Anda perlu cuba dan kawal isu-isu jika ada kesukaran, dan tidak biarkan ia mengeruhkan hubungan keseluruhan," katanya, sambil menambah bahawa Asean juga tidak mahu pertikaian Laut China Selatan "meracuni hubungan keseluruhan" dengan China.



Bagaimanapun, negara kecil seperti Singapura mesti mengikut prinsip-prinsip seperti norma antarabangsa kerana jika tidak, "ia hanya undang-undang rimba dan yang berkuasa melakukan apa sahaja kehendak mereka".



Namun, Singapura juga mengakui hakikat "kuasa besar tidak sentiasa mematuhi ini", kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >