Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendermaan organ kekal rendah di Singapura

May 23, 2016 | 07:46 AM



PENDERMAAN organ kekal rendah dalam kalangan rakyat Singapura walaupun beberapa perubahan perundangan dibuat sejak beberapa tahun lalu bagi membesarkan kumpulan penderma.



"Bilangan pemindahan organ ginjal, jantung dan hati kadaver (orang sudah meninggal dunia) kekal rendah sejak 10 tahun lalu," kata seorang jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH), lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (23 Mei)



Terdapat 58 pemindahan tiga organ itu tahun lalu, berbanding 69 pada 2006, menurut angka terkini Unit Pemindahan Organ Nasional.



Jumlah itu jauh berbeza daripada bilangan di negara maju lain, seperti Sepanyol dan Norway, yang mempunyai lapan kali ganda bilangan ginjal kadaver bagi setiap sejuta orang.



Sumbangan daripada penderma hidup - jauh lebih baik bagi penerima daripada derma organ kadaver - bertambah hanya sederhana. Tahun lalu, 58 orang menderma ginjal dan hati, meningkat daripada 34 pada 2006.



Walaupun perubahan perundangan, termasuk menyertakan orang Islam sebagai penderma, penantian purata bagi ginjal masih sembilan hingga 10 tahun dan satu hingga dua tahun bagi hati atau jantung.



Ramai orang yang mengalami kegagalan jantung dan hati di sini meninggal dunia setiap tahun, dan beribu-ribu pesakit ginjal menjalani rawatan dialisis.



Ketersediaan organ untuk pemindahan dipengaruhi faktor seperti kesedaran awam, dan pandangan masyarakat serta kepercayaan agama, kata jurucakap MOH.



Tahun lalu, 334 orang berada dalam senarai menunggu bagi pemindahan ginjal, 54 orang menunggu hati baru dan 23 jantung baru.



Walaupun bilangan orang yang menunggu pemindahan hati dan jantung telah meningkat, jumlah yang menunggu ginjal baru menjunam kira-kira 70 peratus dalam tempoh 10 tahun lalu.



Ini kerana pesakit biasanya dikeluarkan daripada senarai menunggu kerana mereka tidak boleh mendapatkan organ tepat pada masanya dan sudah sama ada meninggal dunia atau terlalu tua atau sakit untuk pemindahan.



Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) berkata lapan dalam 10 pesakit berusia lebih 51 tahun.



"Kami harap lebih ramai orang tampil menderma kerana jumlahnya sangat rendah, sedangkan bilangan penduduk yang mengalami kegagalan ginjal terus meningkat pada kadar membimbangkan," kata jurucakap NKF.



Secara purata, kira-kira lima orang di sini kehilangan penggunaan ginjal mereka setiap hari.



Kadar kegagalan ginjal di Singapura antara yang paling tinggi di dunia, akibat lebih ramai orang mengalami kencing manis dan tekanan darah tinggi, punca utama penyakit itu.



Menderma organ tidak setakat menyelamatkan nyawa. Banyak kajian menunjukkan lebih murah bagi negara dan lebih baik untuk pesakit mendapatkan pemindahan ginjal daripada kekal menjalani dialisis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >