Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendidik prasekolah, tajaka diberi hari cuti sempena Hari Guru

Aug 29, 2017 | 01:08 PM



BUAT julung-julung kalinya, guru prasekolah dapat menikmati cuti pada Hari Guru, yang berlangsung pada 31 Ogos tahun ini.

Langkah tersebut bertujuan memberi pengiktirafan dan menyambut komitmen pendidik awal kanak-kanak kepada kerjaya mereka dan menandkan peranan penting mereka dalam pengajaran serta menjaga kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, yang menghadiri acara sambutan Hari Guru anjuran Pusat Penjagaan Kanak-Kanak dan Pembangunan Kidz Meadow @ Buangkok Ridge tadi berkata:

"Kami fikir ia penting kerana salah satu maklum balas yang kami terima daripada guru prasekolah adalah kami selalu katakan guru memainkan peranan penting. Guru di sekolah rendah menyambut Hari Guru tetapi bagaimana pula guru prasekolah?"

Hampir semua (99.9 peratus) daripada sekitar 1,800 prasekolah di sini akan tutup pada Hari Guru tahun ini.

Hanya segilintir prasekolah tidak dapat melakukan demikian disebabkan keadaan seperti kerja pengubahsuaian yang sedang berlaku atau telah membuat rancangan bagi pusat mereka ditutup pada hari lain.

Inisiatif Hari Guru diumumkan Oktober tahun lalu oleh Encik Tan sebagai sebahagian daripada pelancaran Pelan Tenaga Kerja Pendidikan Awal Kanak-Kanak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >