ANGGOTA Parlimen GRC Ang Mo Kio Dr Intan Azura Mokhtar, mahu terus memperjuangkan isu yang dekat pada hatinya seperti pendidikan, penjagaan kanak-kanak dan isu wanita.
Sejak memasuki politik setelah dipilih dalam pilihan raya 2011, ibu tiga orang anak berusia 39 tahun itu telah menyuarakan banyak isu berkaitan wanita, pendidikan dan penjagaan anak-anak.