Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk bantu padam api dalam kebakaran di luar flat di Eunos

Apr 07, 2016 | 12:56 PM



SATU kebakaran kecil berlaku di luar sebuah flat HDB di tingkat tujuh di Eunos Crescent pada pagi Khamis (7 April), dengan penduduk blok itu bersama-sama membantu memadamkan api dengan baldi air.



Tiada kecederaan dilaporkan.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan tentang kejadian di Blok 18, Eunos Crescent itu pada kira-kira 8.30 pagi.



Ia menghantar sebuah kereta bomba, dua Red Rhino, dua motosikal bomba dan kenderaan sokongan, tetapi api sudah dipadamkan sebelum mereka tiba.



Satu video seminit panjang yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Asik Ali menunjukkan penduduk berkumpul di sepanjang koridor di luar flat tersebut.



Satu siri letupan kedengaran sedang asap tebal hitam keluar tidak lama kemudian.



Menurut jurucakap SCDF, kebakaran itu melibatkan barangan tidak dipakai di luar flat tersebut. Kira-kira 10 penduduk meninggalkan tempat itu demi keselamatan mereka.



Punca kebakaran sedang disiasat, kata jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >