Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk boleh nikmati Taman Tasek Jurong seawal 2017

Aug 18, 2014 | 02:28 PM



TAMAN Tasek Jurong yang bakal dibangunkan akan mempunyai keluasan tanah lebih 70 hektar, dengan para penduduk dapat menikmati kemudahannya seawal 2017, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan.


Dalam kiriman blognya pagi tadi, Encik Khaw memberi lebih banyak perincian tentang taman baru itu yang diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Rapat Hari Kebangsaan, semalam.


Taman Tasek Jurong akan menggabungkan taman-taman Chinese dan Japanese Gardens, selain kawasan taman lebih besar, iaitu Jurong Lake Park.


"Elemen-elemen warisan Chinese dan Japanese Gardens akan dikekalkan tetapi diberi kesegaran sebagai sebahagain daripada Taman Tasek Jurong," kata Encik Khaw.


Katanya, Lembaga Taman Negara (Nparks) akan mendapatkan idea orang ramai tentang bagaimana untuk membangun taman baru itu, yang akan meliputi Pusat Sains yang baru yang dijangka siapa sekitar 2020.


"Lokasinya akan membolehkan Nparks menyepadukan Pusat Sains masa depan dengan taman-taman yang baru, menggabungkan tema-tema seperti sains, teknologi dan hortikultur dengan cara Singapura yang unik," ujarnya lagi.


Pembangunan taman-taman tersebut merupakan sebahagian daripada transformasi Jurong yang sedang dibangunkan sejak 2008.


Jurong merupakan pusat serantau Singapura terbesar di luar bandar, meliputi beberapa pembangunan baru seperti pusat-pusat membeli belah J-Cube, Jem dan Westgate, selain Institut Devan Nair bagi Pekerjaan dan Daya Kerja.


Pembangunan lain, seperti Hospital Ng Teng Fong dan Hosipital Masyarakat Jurong, bakal siap tidak lama lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >