Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Bukit Merah, Redhill dapat kit ujian pantas

Jun 27, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI satu lagi langkah perlindungan tambahan, para penduduk di beberapa blok di Bukit Merah dan Redhill telah diberikan kit ujian pantas antigen (ART) di Pusat Jawatankuasa Penduduk sejak semalam hingga hari ini.



Ini merupakan kali pertama pemerintah mengagihkan kit ujian secara percuma sebagai langkah pencegahan tambahan terhadap jangkitan virus Covid-19.



Anggota Parlimen (AP) bagi kawasan Radin Mas, Encik Melvin Yong (gambar), turut bertemu penduduk ketika pengagihan itu dibuat semalam.



Ini setelah kelompok jangkitan di Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Merah View menyebabkan 87 kes jangkitan Covid-19. Penduduk di beerapa blok di sana sudah pun menjalani ujian swab yang diwajibkan.



Bagi memerangi Covid-19, Singapura juga sedang mempergiat langkah vaksinasi dengan menggandakan program vaksinasi sehingga 80,000 dos sejak semalam, dari 47,000 sebelum ini.



Laporan lanjut: Masagos: Galak warga emas jalani vaksinasi sedang program vaksinasi dipergiat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >