SELAIN menjimatkan masa perjalanan ke tempat lain, para penduduk yang tinggal berhampiran dengan enam stesen Laluan Rentas Pulau (CRL) fasa kedua boleh menikmati pelbagai kemudahan dan kegiatan yang ditawarkan di bahagian barat Singapura.
Memberi pendapat beliau, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Ayer Rajah CC, Encik Shahrin Abdol Salam berkata pembinaan stesen-stesen ini akan memberi lebih banyak manfaat positif.
"Lebih ramai orang akan mendapat manfaat daripada masa perjalanan lebih pendek dan secara langsung. Contohnya, para pelajar boleh ke Politeknik Ngee Ann, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan Pendidikan Global SIM dengan lebih cepat kerana ada stesen (Maju) di sana.
"Bagi para pekerja yang bekerja di kawasan bandar juga boleh jangkakan perjalanan lebih cepat kerana adanya ketersambungan di antara rangkaian. Malah, masa untuk ke kawasan timur juga akan bertambah baik!" jelas Encik Shahrin yang juga pengarah urusan SMRT Laluan Thomson-East Coast (TEL).
Beliau percaya penduduk di kawasan lain boleh memanfaatkan rangkaian baru ini untuk menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan di bahagian barat Singapura.
"Mereka boleh datang menikmati makanan yang sedap ditawarkan di Pusat Makanan Ayer Rajah ataupun menikmati keindahan kehijauan yang ada di Daerah Tasik Jurong.
"Malah, mereka juga boleh menyertai acara kemasyarakatan di estet-estet kami dan ini boleh mengukuhkan lagi ikatan masyarakat," kata relawan akar umbi di Ayer Rajah CC itu sejak 2011.
Nilai seorang wanita sering terikat dengan identiti mereka sebagai ibu, anak atau pasangan sehingga identiti dan harga diri sendiri sering diketepikan demi kepentingan orang lain.
Dalam lagu Mahal
Dalam kelembutan, pedas betul sindiran Dalia Farhana terhadap si pihak yang berselingkuh dalam lagu terkininya, Curang.
Dari awal lagu ini, Dalia terus melafaz ketidakpuasannya dengan kata-kata manis
Mengenali tanda-tanda kesihatan mental dan cara mengatasi masalah kegelisahan dan kemurungan merupakan langkah penting bagi menjaga kesejahteraan warga emas.
Berikut adalah panduan ringkas untuk
Bermula dengan mengongsikan video ‘cover’ lagu nyanyiannya di media sosial secara spontan di cerita Instagram, Faiz Zikry Abdul Fattah atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Faiz Zikry, 24 tahun
Oleh Dr Nur Farhan Mohammad Alami
Ini kisah ‘Encik Ali’, seorang duda berusia 76 tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak yang tinggal berdekatan. Beliau tinggal sendirian di flat tiga bilik HDB
Apabila ternampak tajuk lagu ini, penulis sudah bersiap sedia mendengarkan lagu berentak dangdut.
Terkejut juga apabila ia bukannya lagu dangdut, sebaliknya merupakan gabungan beberapa rentak dan gaya
Betapa kata-kata membuat kita rasa terpana atau khayal terbuai lena mengawang entah ke mana
Betapa kata-kata bagai mata panah tajam menusuk ke jiwa raga lalu menikam bagaikan kuku sang helang
MAAROF SALLEH
Syahrir dipinang menjadi calon pilihan raya.
Berita itu tidak mengejutkan dirinya. Demikian juga kepada beberapa kenalan yang rapat dengannya. Penyertaan seorang aktivis sepertinya dalam
Setiap kemunculan Hari Ibu, pelakon Siti Hajar Abdul Gani akan terkenangkan pengorbanan bukan satu, tetapi tiga ibu dalam kehidupannya – ibu kandung, ibu angkat dan ibu mentua.
Sewaktu kecil, beliau
Sejak dahulu pelancongan di Vietnam terkenal kerana pemandangan indah pantainya sepanjang 3,260 kilometer, sungai, reka bentuk pagoda dan bangunannya serta bandarnya yang sibuk.
Tidak hairanlah

Menteri Pengangkutan Encik S Iswaran sebelum ini berkata CRL dapat mengurangkan masa perjalanan penumpang.
Beliau berkata perjalanan bas 45 minit dari Bukit Panjang ke West Coast hari ini boleh dilakukan dalam masa 25 minit melalui kereta api di CRL.
Bagi Cik Salizah Zulkilfi, 33 tahun CRL dapat dapat membantu memudahkan beliau berulang alik dari rumah beliau dan rumah ibu bapanya di West Coast.
"Sebelum ini, perlu pergi ke stesen Clementi dan jangka menunggu bas juga tidak tentu. Kadangkala, ia mengambil masa hampir sejam jika bas atau kereta api lambat.
"Oleh itu, stesen CRL dapat memberikan kami keselesaan dan mengurangkan masa perjalanan," kata guru tadika itu.
Cik Sharifah Baki, 68 tahun, juga berharap dapat memanfaatkan rangkaian CRL untuk berhubung dengan keluarga dan rakan lama yang tinggal berjauhan.
"Lebih mudah untuk ke kawasan lain Singapura dengan adanya stesen berhampiran ini. Saya akan dapat berjumpa dengan mereka yang tinggal jauh atau sebaliknya dengan lebih kerap lagi," ujar beliau yang tinggal di kawasan West Coast lebih dari 30 tahun.