Penduduk DBSS Hougang tuntut yuran S&CC dipulangkan dari AHPETC

SEORANG penduduk sebuah projek perumahan baru Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Hougang telah membuat permohonan di mahkamah untuk mendapatkan semula wang khidmat dan penyenggaraan (S&CC) yang dibayarnya kepada Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC).

Pengurus pelancongan korporat Melinda Teo, 37 tahun, membuat permohonan tersebut di Tribunal Tuntutan Kecil dalam usahanya mendapatkan semula $$367.20 yang dibayarnya antara November tahun lalu dengan Mei lalu.

Cik Teo, yang tinggal di Parkland Residences, sebuah projek Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS), berkata beliau tidak seharusnya membayar yuran S&CC itu kepada majlis bandaran tersebut kendalian Parti Pekerja (WP).

Ini kerana ia mengambil-alih pengurusan dan penyenggaraan perumahan tersebut hanya pada 1 Jun lalu.

Sebelum itu, pemaju projek Kwan Hwee Investment terpaksa menjalankan tugas membersihkan kawasan-kawasan bersama hartanah itu.

Awal bulan ini, lebih 300 penduduk Parkland Residences menghantar petisyen kepada majlis bandaran itu meminta agar yuran S&CC mereka dikembalikan atau diketepikan.

Namun, rayuan mereka tidak mendapat respons sama ada dari majlis bandaran itu atau WP, kata Cik Teo.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.