Cik Nurulhuda Syed Mahmood Albukhari, 32 tahun, ialah Ketua Jabatan Biologi dan Setiausaha Peperiksaan di Sekolah Antarabangsa Frankfurt Rhein-Main (ISF). Beliau adalah mantan wartawan Berita Harian/Minggu. Cik Nurulhuda dan suaminya, Encik Fairoz D'Cruz, juga 32 tahun, berpindah ke kota Jerman itu pada 2016. Mereka belum mempunyai cahaya mata.
"KAMI berpindah ke Frankfurt kerana suami saya bertugas di sekolah antarabangsa di sana sejak 2015. Sebelum itu, kami menetap selama setahun di Marrakech, Maghribi, apabila beliau mengajar di sekolah antarabangsa di sana.