Penduduk ngadu banyak tikus di Punggol Field

PARA penduduk Punggol telah melahirkan rasa prihatin selepas beberapa ekor tikus ditemui dekat Blok 106A di Punggol Field.

Mereka berkata, penemuan tersebut sudah menjadi semakin biasa baru-baru ini, bahkan seorang penduduk bimbang ia mungkin boleh menjadi buruk seperti yang berlaku di Bukit Batok bulan lalu.

Di Punggol Field, terdapat sekurang-kurangya 15 lubang tikus manakala dua ekor tikus yang sudah mati dilihat dekat dengan salah satu daripada lubang tersebut, lapor Shin Min Daily News hari ini, Jumaat.

Cik Ou, suri rumah berusia 40 tahun, berkata beliau jarang nampak tikus bila berpindah ke estet tersebut tiga tahun lalu, tetapi bilangannya telah meningkat sejak baru-baru ini.

"Lebih banyak tikus sekarang dan mereka kelihatan lebih berani. Kadang-kadang saya lihat tiga atau empat ekor tikus dalam satu-satu masa," kata beliau.

Seorang lagi penduduk, Cik Jessie Neo, berkata beliau nampak beberapa ekor tikus dekat dengan tempat membuang sampah di Blok 106A semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.