Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk South East bersih pantai sambil belajar kitar semula

Sep 18, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 200 penduduk di kawasan tenggara telah meluangkan masa memungut sampah di pantai East Coast semalam, dengan tempat permulaan di RainTree Cove East Coast.



Malah, ada daripada mereka berkayak untuk mengutip sampah terapung di laut.



Sempena Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa, Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East menganjurkan inisiatif membersihkan pantai itu buat julung-julung kalinya.



Kegiatan itu disertai juga pertumbuhan akar umbi GRC East Coast, GRC Marine Parade, SMC MacPherson, SMC Mountbatten, PAssion Wave @ East Coast dan Lembaga Taman Negara (NParks).



Hadir sebagai pengendali bersama acara tersebut ialah Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, dan Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How.



Bercakap kepada media di acara itu, Encik Fahmi berkata:



"Saya terharu dengan sokongan dan pelibatan penduduk serta ketua akar umbi yang berminat dengan kegiatan pembersihan pantai. Acara ini bertujuan mendidik orang ramai mengenai krisis pencemaran, terutama pencemaran plastik."



Semasa acara itu, syarikat tidak mencari untung The Re-Purpose Collective (TRPC) memberi demonstrasi dan penjelasan mengenai kitar dan penggunaan semula bahan plastik.



Pengasas bersama TRPC, Encik Yasser Amin, 26 tahun, berkata kegiatan pembersihan pantai menghasilkan hingga 5 peratus sampah plastik yang boleh diterima oleh syarikat itu untuk dikitar dan diguna semula menerusi cara bukan perindustrian.



"Oleh kerana kami dapat membawa mesin kami untuk menunjukkan cara kami menggunakan semula ba-han plastik (melalui pencairan plastik dan kemudian dibentuk semula kepada objek lain), kami harap orang ramai akan lebih memahami kepentingan penggunaan semula bahan plastik.



"Kami juga berharap dapat menggunakan proses guna semula ini sebagai titik fokus untuk mendidik orang ramai tentang isu seperti pengurusan sisa sampah, pencemaran plastik dan kemampanan," kata Encik Yasser.



Antara relawan yang tampil untuk memungut sampat di pantai itu ialah Sharifah Sheikha Haroon Aljunied, 43 tahun, dan anaknya, Encik Daniyal Rashad Mohammad Yusri, 18 tahun.



Penduduk Kembangan itu berkata mereka sudah lama berhasrat melakukan kegiatan kemasyarakatan berkaitan pantai.



Mengenai apa yang mendorong mereka menyertai kegiatan semalam, Encik Daniyal berkata beliau memang ingin melakukan sesuatu yang hijau memandangkan beliau belajar mengenai kemampanan seni bina di sekolah.



"Ramai orang mengunjungi pantai ini dan menikmati keindahannya, jadi adalah penting kita memainkan peranan kita bagi memastikan pantai ini bersih untuk semua pengunjung," ujar Sharifah Sheikha, seorang pengurus pejabat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >