Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk S'pura luang lebih 12 jam sehari guna alat digital

Apr 03, 2017 | 11:58 AM



TINJAUAN yang dilakukan ke atas 1,000 penduduk Singapura berusia antara 18 hingga 69 tahun menunjukkan mereka menggunakan alat digital - seperti telefon bijak, tablet, komputer dan alat permainan video - selama 12 jam 42 minit sehari.



Akhbar The Straits Times hari ini melaporkan, penggunaan telefon bijak membentuk tempoh masa paling lama, purata 3 jam 12 minit, yang diluangkan pengguna dalam sehari bagi sesuatu alat digital.



Telefon bijak juga merupakan alat yang paling aktif digunakan mereka yang ditinjau, membentuk 95 peratus yang menyatakan demikian - dengan 80 peratus daripada mereka menggunakannya sebaik bangun dari tidur sewaktu pagi atau sebelum masuk tidur sewaktu malam.



Dalam pada itu, kira-kira 30 peratus mereka yang ditinjau menyatakan tidur mereka telah terjejas secara negatif akibat penggunaan alat digital ini, sedang peratusan yang sama juga menyatakan mereka menikmati kesan positif.



Namun begitu, kira-kira 70 peratus menikmati perhubungan lebih baik dengan rakan-rakan dan lebih berupaya menyelesaikan tugas dan keperluan peribadi dengan cara menyambil, dek kemudahan telefon bijak dan tablet.



Tinjauan ini dilakukan firma konsultasi Ernst & Young (E&Y) yang mendapat pandangan 1,000 penduduk yang telah menetap di Singapura untuk sekurang-kurangnya setahun dan punya akses Internet.



Antara aktiviti lazim sewaktu menggunakan alat digital adalah untuk membaca e-mel peribadi, dengan 90 peratus responden menyatakan demikian.



Namun begitu, penggunaan alat digital juga menimbulkan kesan negatif, dengan kira-kira sepertiga responden menyatakan mereka menjadi ketagih telefon bijak dan tablet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >