SETIAP kali Encik Abdul Rahim Rashid mempunyai kelapangan, beliau gemar membawa keluarganya beriadah di pantai East Coast dan Pasir Ris.
Namun kini dengan adanya kemudahan seperti kolam renang, trek berlari-lari anak serta ruang beli-belah berhawa dingin di Hab Bandar Tampines yang baru, beliau yang menetap di Tampines tidak perlu keluar daripada kawasan kejiranannya itu.