Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Penerima Projek Joy Mendaki dilengkapi kemahiran celik digital

Ini kali pertama Mendaki, dengan kerjasama Majlis Celik Media, kongsi kepada keluarga cara terbaik bantu anak kemudi dunia Internet dengan selamat
May 22, 2018 | 05:30 AM



ELEMEN bengkel yang melengkapi penerima dengan kemahiran celik digital dan kewangan telah diterapkan buat pertama kalinya dalam projek tahunan Ramadan, Projek Joy, anjuran Yayasan Mendaki kali ini.



Bengkel tersebut yang diadakan Sabtu lalu di Wisma Mendaki dengan kerjasama Majlis Celik Media (MLC) bertujuan berkongsi kepada keluarga terutama ibu bapa cara terbaik membantu anak-anak mereka mengemudi dunia Internet dengan selamat.



Ini lebih-lebih lagi memandangkan Internet sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak sekarang.



Menurut Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki yang juga Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, kemahiran celik media ini amat penting terutama berikutan penangkapan beberapa warga Singapura yang menjadi radikal sendiri selepas mendapatkan maklumat secara dalam talian.



"Kita sedar tentang risiko yang boleh timbul dengan pendedahan berlebihan kepada Internet.



"Ia termasuk ketagihan kepada gaming ataupun risiko menjadi radikal sendiri.



"Lantaran itu dengan bengkel ini ia dapat membantu ibu bapa mengenali risiko-risiko tersebut dengan melengkapi mereka tentang kemajuan teknologi hari ini agar mereka dapat memantau penggunaan Internet anak-anak mereka dengan lebih baik dan selamat," ujarnya.



Tambahnya, elemen meningkatkan kemahiran sebegini akan terus diterapkan dalam program-program Mendaki akan datang.



"Kita akan lihat bagaimana untuk memperluas, memperhalusi dan mempertingkat program yang sedia ada," ujarnya lagi.



Seorang pegawai keselamatan, Encik Muhammad Amir Abdul, 36 tahun yang mempunyai empat anak berusia antara lima tahun dengan 11 tahun, berkata bengkel itu banyak memberikan panduan kepada dirinya yang sibuk bekerja.



"Antara panduan yang diberi termasuk mendampingi anak-anak selepas sejam mereka bermain telefon bimbit dan menggantikannya dengan buku. Ibu bapa juga digalak untuk terus berbual dengan anak-anak tentang aktiviti mereka dalam talian," katanya.



Selain bengkel, seperti biasa para penerima yang hadir, telah menerima hamper yang mengandungi barang-barang dapur bernilai $30 serta baucar NTUC berharga $50.



Sekitar 500 keluarga dijangka meraih manfaat daripada Projek Joy tahun ini.



Para penerima juga telah diberi peluang menaiki kereta mewah dengan pemandu kereta tersebut menghantar mereka pulang. Ini dapat dilakukan hasil kerjasama dengan Singapore Sports Car Club.



Penerima Cik Noorjan Md Mydin, 68 tahun, yang menggunakan tongkat untuk berjalan berkata beliau sangat gembira diberi peluang keemasan menaiki kereta Lamborghini milik Encik Aaron Rylan Keder.



"Kalau selalunya saya setakat naik bas sahaja, tetapi tidak sangka rezeki saya dapat naik kereta mewah hari ini. Alhamdulillah bulan Ramadan ini banyak rahmatnya," katanya.



Selain Encik Zaqy, Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Yaacob Ibrahim, dan AP GRC Ang Mo Kio, Dr Intan Azura Mokhtar, turut hadir di acara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >